Thursday, June 23, 2016

Ho Chi Minh City, Vietnam / SAIGON

Assalamualaikum,

Hmmmm....macamane nak start ni.... mood blum sampai tapi hati tu terkinja-kinja nak menaip..... Semalam sebelum tido terfikir-fikir nak tulis pengalaman2 travel ke negara2 yg dah dilawati. Sebagai jurnal simpanan sendiri dan untuk dikongsi dengan sesape yg berminat.

Oklah, kita mula.....

Trip kali ni tak perlu kerja kuat sangat sebab segala-gala diatur oleh pihak penganjur. Cuma perlu bayar aje then follow.... Kami ambik pakej 2 orang untuk 1 bilik.



30 MAY 2014 JUMAAT (Hari Pertama)

Dari rumah, aku dan Encik Cinta menaiki komuter dari stesen Kg. Dato' Harun menuju ke KL Sentral. Kemudian kami menaiki KLIA Express menuju ke KLIA.

Mengikuti trip yang diatur kemas oleh Majalah WANITA menjadikan perjalanan sangat mudah dan berjalan lancar. Perjalanan bermula dengan peserta rombongan berhimpun di KLIA.

Kami berlepas dari KLIA jam 2ptg waktu Malaysia. Alhamudulillah dipermudahkan urusan penerbangan sehingga touch down di TAN SON NHAT International Airport Vietnam lebih kurang jam 6ptg.

Kami disambut oleh tourist guide (pemandu pelancong) yang sangat2 peramah dan sporting, Mr. Steven. Kami dibawa terus ke Restoran Kampung Pandan untuk makan malam. Walaupun nama restoran ni Kampung Pandan macam kat KL tu tapi di sini dihidangkan menu makanan Vietnam.









31 MAY 2014 SABTU (HARI KEDUA)

Permulaan hari kedua sangat seronok, objektif utama rombongan perlu diselesaikan segera......shopping!!!!!!!!


Selesai shopping, kami dibawa melawat Muzium Perang Vietnam. Agak mengerikan tengok gambar2 yang dipamerkan di dalam muzium. Banyak bukti2 bahan perang ditinggalkan seperti bom dan peluru yang digunakan oleh pihak penjajah ketika itu.







Pitstop seterusnya adalah bangunan pejabat Pos Besar Ho Chi Minh. Struktur dan hiasan dalaman masih dikekalkan sehingga kini. Sangat unit & mempunyai nilai seni yang sangat berharga. Di dalam bangunan Pejabat Pos tersebut terdapat potret Ho Chi Minh iaitu bekas Perdana Menteri & Presiden Democratic Republic of Vietnam. 





Sempat bergambar di NOTRE-DAME BASILICA CHURCH sementara menunggu ahli rombongan lain berkumpul menaiki bas (bas biru belakang tu la trasnport kami).


Di sebelah malam pula kami ada MALAM GALA HARI IBU 2014. Aturcara sangat best.....ada persembahan dari peserta rombongan, ada cabutan bertuah dan ada makan malam yang sangat sedapppp.... malam tu aku sangat bertuah!!!!! Aku dapat cabutan bertuah tempat kedua Percutian 3hari 2malam ke Pulau Tioman untuk 2 orang yang ditaja oleh SafirGoTravel. Yeay!!





1 JUN 2014 AHAD (HARI KETIGA)  

Hari ni merupakan anniversary kami yang ke-7. Happy anniversary darling....

Ok, hari ni jadual kami melawat Sungai Mekong (Mekong River Tour). Sebelum lawatan Mr. Steven (tour guide) kami menghadiahkan topi tradisional yang kebiasaannya dipakai oleh wanita Saigon.





Kami berhenti di tengah2 sungai Mekong untuk menikmati air madu lebah yang dipelihara di sini. Memula agak nervous jugak nak pegang plot lebah tu, kuatkan semangat!!!! (padahal dalam hati Allah je yg tahu.....hahahaha)...



Kemudian kami dibawa makan buah fresh2 di kebun buah-buahan sambil dengar live band dari wanita-wanita Saigon yang lengkap berpakaian tradisi mereka sambil mendendangkan lagu Geylang Si Paku Geylang.... ;)

Pastu kami berpeluang menaiki sampan yang tirus menyusuri sungai yang sangat sempit. Berlaga-laga antara sampan dalam sungai tu. Tapi pemandu sampan memang sangat mahir dan terlatih....hahahah




Kemudian kami dibawa ke tempat membuat gula-gula Vietnam...Gula-gula ni dibuat daripada santan & gula perang. Pastu dimasak menggunakan tempurung kelapa. Kemudian dimasukkan ke dalam acuan buluh sebelum dipotong.



Selesai Mekong Tour, kami kembali ke pekan Saigon. Sempat bergambar di hadapan Tugu Peringatan Ho Chi Minh dan bangunan Ho Chi  Minh City Hall  (Bandar Ho Chi Minh dinamakan sempena nama Perdana Menteri Pertama Vietnam).

Nampak tak muka dah penat tu....tapi gagah lagi nak bergambar....hahahaha


Malam ni makan malam disini.




Supper pulak kat atas feri ni sehingga lewat malam sambil makan angin dan menonton live band dan pertunjukkan silap mata.





2 JUN 2014 ISNIN (HARI KEEMPAT)

Hari ni hari terakhir kami di bumi Saigon. Kami mengambil kesempatan berjalan berdua mengelilingi bandar Ho Chi Minh sendiri tanpa tour guide.

Pagi-pagi kami berdua cari breakfast ala Saigon. Kami makan Mee Pho & kopi ais Vietnam... set breakfast yang sangat2 sedap. Sup untuk mee pho tu nampak ceroi jer tapi bila masuk mulut tuuudiiiaaa rasa dia... aku memang penggemar sup, maka apa saja jenis sup yang dapat menawan lidah aku ni memang aku kategorikan sebagai fav sup aku. Kopi ais paling champion....sedap, likat, rasa kopi pahit2 manis....terbaik kopi dia. Aku mmg peminum kopi tegar. Aku mmg minum kopi jer tapi aku tak minum nescafe....hahahah

Kami makan MEE PHO & KOPI AIS VIETNAM ni kat kedai makan HJH. BASIROH. Dekat jer ngan PASAR BEN THANH dan HOTEL CAP TOWN tempat kami menginap. Kami jalan kaki jer.






Pas makan, kami jalan kaki ke Ben Thanh Market. Cari souvenir. Pagi-pagi pasar ni mmg sibuk. Tapi kami jalan2 jer cuci mata dulu. Dah jumpa yang berkenan baru kami beli. Souvenir kat sini agak mahal. Tapi kena pandai tawar menawar la.


Ok. Masa untuk berangkat pulang ke tanahair. Semoga jumpa lagi Saigon. 



Mr. Steven tour guide Vietnam kami yang berbaju royal blue tu. Encik Firdaus tour guide trip kami dari SafirGoTravel yang berbaju merah belang-belang tu. Terima kasih daun keladi.


Ni lah sebahagian ahli rombongan yang kami sertai ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Insha Allah, panjang umur ada rezeki kita jumpa lagi. 

Tamat la trip 4hari 3malam ke Saigon.